Map Graph

Metro Manila

Metropolitan Manila, biasa disingkatkan kepada Metro Manila atau secara rasmi Kawasan Ibu Negara, ialah wilayah ibu negara dan kawasan metropolitan terbesar di Filipina. Terletak di pantai timur Teluk Manila, kawasan yang terletak di antara kawasan Luzon Tengah dan Calabarzon. Merangkumi kawasan seluas 619.57 km2 (239.22 bt2) dan dengan penduduk seramai 13,484,462 setakat 2020,  ia terdiri daripada enam belas buah bandar yang sangat maju: ibu negara, Manila, Caloocan, Las Piñas, Makati, Malabon, Mandaluyong, Marikina, Muntinlupa, Navotas, Parañaque, Pasay, Pasig, Bandar Quezon, San Juan, Taguig, dan Valenzuela, bersama sebuah perbandaran mandiri, Pateros. Sebagai kawasan kedua paling ramai penduduk dan kawasan berpenduduk paling padat di Filipina, ia menduduki tangga ke-9 bagi kawasan metropolitan paling ramai penduduk di Asia dan tangga ke-6 bagi kawasan bandar paling ramai penduduk di dunia.

Read article
Fail:Makati_City_Lights2_(Jopet_Sy)_-_Flickr.jpgFail:Bonifacio_Monument_(Guillermo_Tolentino).jpgFail:Rizal_Park_from_above.jpgFail:Allan_Jay_Quesada_Quezon_Monument_DSC_2689.jpgFail:Ortigas_Center_(Met._Manila)_-_Flickr.jpgFail:National_Museum,_side_view_left_(Padre_burgos,_Manila;_01-30-2021).jpgFail:2012-06-23-Cultural_Center_of_the_Philippines-Evening.jpgFail:Metro_Manila_in_Philippines.svgFail:Metro_Manila_by_cityhood.PNGFail:Map_of_Metro_Manila_with_accurate_city_borders.pngFail:Metromaniladistricts.PNGFail:Ortigas_Center_Skyline_panoramic.jpgFail:Statue_of_Dr._Jose_Rizal_at_the_Luneta_Park,_Philippines.pngFail:Fort_Santiago_Gate.jpg